Aku khabarkan berita pemergian aku pada Halijah.
Terkejut, dia minta aku jangan pergi. Dia kata setelah Anna bernikah, dia tidak punya teman anak dara buat bersuka-ria.
Dia minta aku pertimbangkan. Dia kata mungkin berada di tanahair adalah lebih baik. Dekat dengan keluarga, hampir dengan kawan-kawan. Jika aku dirundung kesusahan, sekelip mata pertolongan datang menghulur tangan.
Betul juga apa yang dihujah si Halijah.
Tapi, hingga bila aku harus begini? Menjalani kehidupan yang sangat rutin, tanpa tujuan yang jelas dan tanpa cabaran.
Aku mahu rasa dicabar.
Aku mahu rasa hidup sebagai minoriti.
Aku mahu bina hidup aku dari tingkat yang terpaling bawah.
Aku mahu kejayaan aku bermakna lebih dari hanya kejayaan.
Aku mahu menangis disebabkan kejayaan.
Jujur, sedikit pun hati aku tidak ragu pada keputusanku untuk pergi walau dipujuk Halijah. Bukanlah aku tidak sayangkan dia. Tapi, bila sudah seumur nyawa aku tunggu peluang itu tiba, aku mimpikan peluang itu setiap waktu, apa saja yang cuba menghalang akan aku henyak dan campak jauh ke dasar laut.
Ini untuk pertama kalinya, keputusan yang aku muktamadkan atas dasar kemahuan aku sendiri. Bukan kerana keluarga, bukan kerana cinta, bukan juga kerana kawan-kawan. Buat pertama kalinya, aku sangat pasti bahawa pemergian ini adalah yang terbaik untuk hidup aku.
Halijah punya boyfren.
Halijah punya teman baik perempuan yang ramai.
Apalah sangat aku ini?
Yang hanya dia temui 2 bulan sekali. Sejujurnya, aku rasa jika Halijah ditimpa kesusahan, pasti, aku adalah orang terakhir dalam senarai untuk dia minta pertolongan.
Ahh..
Mungkin aku terlalu memandang rendah pada diri aku sendiri.
Mungkin aku ini bermakna lebih dari yang aku tahu pada diri Halijah.
Mungkin aku bukan sekadar kawan biasa.
Hmmmm...
Apa-apa pun, visa telah aku mohon. Waktu penerbangan telah ditempah. Jaket tebal, kasut but dan bagasi besar telahku beli.
Sudah terlalu lambat untuk aku berpatah ke belakang.
Selasa, 23 Jun 2009
Ahad, 21 Jun 2009
12 - kecil dan putus
Mari aku bawa kamu semua ke zaman awal aku di tingkatan 6. Aku punya 2 orang teman baik. Anggaplah nama mereka Farah dan Salina.
Farah orangnya kecil molek. Moden. Periang. Comel. Peramah. Disenangi ramai.
Salina orangnya juga kecil molek. Alim. Rendah diri. Sederhana. Agak pendiam.
Kami rapat. Sangat rapat.
Hinggalah Farah dapat tawaran ke politeknik dan aku ke universiti.
Salina terpaksa kami tinggalkan.
Tapi, kami tetap rapat dan berhubung.
Telefon, e-mel, friendster.
Bila musim cuti semakin mendekat, sibuk kami bertiga merancang untuk berjumpa.
Hari ini, kami masih berhubung. Berhubung sekadar untuk menjaga hati.
Masa berubah.
Orang berubah.
Entahlah, mungkin aku yang berubah.
Farah ajak aku keluar.
Aku beri alasan, aku nak demam.
Sebenarnya, aku sudah muak jadi span yang menyerap segala macam cerita yang dilipur-larakan oleh Farah.
Bayangkan, 3 jam berjumpa, topik yang dicerita cuma satu, dia dan kisah lelaki-lelaki yang menyimpan hati padanya.
Ya. Boleh jadi aku cemburu.
Boleh jadi aku rasa tergugat.
Tapi, aku sudah tak larat menonton dia dan lakonannya.
Kadang-kala, aku mencelah dan cuba untuk menceritakan kisah aku. Tapi, dia buat-buat tak dengar dan membiarkan aku dan kisahku tergantung. Bila aku diam, dia akan terus sambung dengan cerita dia.
Pernah aku berlapik-lapik cuba bincangkan hal ini dengan Salina dan, Salina pun fikir yang sama dengan aku.
Farah bukan Farah lagi.
Seminggu selepas Aidilfitri nanti, Salina bakal bertunang.
Aku tidak dapat datang. Perlu berada di kampung.
Farah tidak tahu lagi.
Aku rasa, semakin kita dewasa, semakin kita mengecilkan bulatan persahabatan kita.
Hanya teman-teman yang benar-benar serasi, memahami dan positif yang akan kita simpan dan jaga baik.
Yang selebihnya, samada terus tidak berhubung atau berusaha untuk tidak berhubungan lagi.
Memang aku ini munafik.
Memutus hubungan sesama manusia.
Aku rasa sudah cukup.
Sudah cukuplah untuk aku jadi bahu buat Farah menangis, sedang bila aku meraung seksa, dia hilang entah ke mana.

Sabtu, 20 Jun 2009
11 - jangan sentuh
Kelas gitar dibatalkan pada saat akhir.
Hendak terus balik rumah, rasa malas.
Aku panjangkan langkah aku ke KLCC.
Aku pun tak tahu kenapa aku ke KLCC. Sudahlah barangan yang dijual mahal-mahal belaka. Walau sudah diskaun 70% pun, masih aku tidak mampu nak beli.
Jalan dan terus berjalan, pemandangan yang memenuhi nafsu penglihatan aku cumalah lelaki muda dan perempuan muda berpegangan tangan.
Aku jadi rimas, sangat rimas.
Kenapa ya, kalau bercinta itu harus bersentuhan?
Pegang tangan.
Peluk.
Rangkul.
Berkepit.
Cium pipi.
Cinta tanpa hubungan fizikal.
Aku harus akui, zaman sekarang, tanpa hubungan fizikal, kebarangkalian cinta itu untuk berjaya adalah sangat kecil. Kalau tidak bersentuh, maksudnya tidak cukup sayang, tidak cukup cinta.
Untuk apa si lelaki muda ternanti-nanti si perempuan muda untuk bersentuhan sedangkan di luar sana, dia boleh dapatkan perempuan muda lain yang menawarkan lebih dari sekadar bersentuhan? Dan si perempuan muda tadi pun rasa tergugat, terpaksa membenarkan si lelaki muda menyentuhnya sesuka hati, bukti cinta katanya.
Wahai perempuan muda,
kalau lelaki muda itu benar-benar kasihkan kau, akan dia turutkan segala syarat dan undang-undang yang ditetap engkau.
Kalau benar dia mahukan kau, dia akan bersabar menunggu kau.
Kalau benar dia cintakan kau, akan rela dia pertaruhkan nyawa korbankan seluruh harta demi menjaga maruah dan kehormatan kau.
Kalau dia benar-benar menyayangi kau, dia akan hormati kau dan sanjung kau.
Bolehkah aku dapatkan percintaan seperti emak dan abah?
Percintaan tanpa sentuhan fizikal yang pernikahan sebagai kemuncak dan kekal hingga ke akhir nafas.

Jumaat, 19 Jun 2009
10 - aku dan obama
Aku letih.
Aku kering.
Aku terdampar di tepian pantai di pulau yang tidak tercatat dalam mana-mana peta atau ensiklopedia.
Aku lapar.
Aku dahaga.
Yang dibekalkan dengan aku, hanyalah sehelai pakaian yang sedang aku pakai sekarang yang sudah basah dan rasa masin air laut.
Pada siapa hendak aku jeritkan pertolongan?
Pada apa hendak aku sandarkan tubuh yang lemah tanpa zat makanan?
Pasrah.
Ya. Pasrah saja pada Tuhan.
---------
Hidup ini misteri.
Mati itu misteri.
Takdir juga misteri.
Dan aku terpaling benci pada kejutan. Perkara yang tidak disangka-sangka datang tiba-tiba, mengoncang seluruh tenang hidup dan menuntut untuk aku ubah arah hidup serta merta.
Emak, Abah, Kak long, Marissa, Abang dan Adik menyokong.
Mereka sentiasa menyokong, walau hati mereka rasa keberatan melampau. Ini demi masa depan yang lebih baik. Untuk kesenangan aku juga. Bukankah ini impian aku sejak kali pertama baca ucapan-ucapan Aidilfitri di bahagian Salam Perantau di suratkhabar?
Belum aku canangkan berita ini kepada Anna dan Halijah.
Entahlah, semenjak Ahad lepas, aku tidak berhubung dengan Anna lagi. Mungkin dia sibuk. Dan, sepatutnya aku lebih bersedia yang Anna tidak akan jadi Anna gila yang aku kenal dulu.
Halijah pula sibuk dengan usahanya memenangi hati si bakal emak mertua.
Alahai lecehnya, bila yang Syed harus bersama Syarifah. Yang Tengku bersama Tengku. Ungku bersama Ungku.
Kisah cinta antara dua darjat ini memang lapuk tapi tragisnya tetap juga merentap tajam terus ke benak pada si empunya diri yang tidak punya apa-apa gelaran sebagai perkataan pertama namanya.
Aku pernah kata pada Halijah, kenapa kau yang bersusah-payah? Kenapa tidak si boyfren saja yang menyakinkan ibunya bahawa kau adalah oksigen yang bikin dia hidup setiap hari?
Halijah balas, kurang ajarlah aku jika tidak berusaha. Aku mahukan nikahi anaknya. Bermaksud, aku nikahi juga seluruh keluarga dan saudara-mara dia. Terima segala tabiat buruk dan cara hidup mereka yang mungkin tidak aku senangi. Ia seperti satu pakej.
Tempohnya agak suntuk. Lebih kurang sebulan lebih. Awal Ogos nanti, selamat tinggal Malaysia dan how y'all doin', Joliet?
Hah.
Obama, akhirnya, dapat aku berpijak pada bumi yang sama dan bernafas di bawah lapisan ozon yang sama dengan kau.

Rabu, 17 Jun 2009
9 - mimpi untuk merasa
Selamat tinggal, sayang.
Tak mahu bangun dari tidur. Tak mahu berhenti meniti mimpi.
--------
Habis kerja, pergi Tesco. Teman emak beli barang dapur.
Kebiasaannya, emak akan diteman raja jiwanya, abah. Tapi, abah tak sihat.
Aku tolak troli. Emak dengan senarai barang di tangan kanan dan pen biru di tangan kiri, leka dan ambil masa yang sangat panjang membelek barang satu per satu. Kaki aku sudah mula kebas, seluruh berat badan aku sandarkan ke troli. Gila. Macam manalah abah boleh tahan?
Kami berdiri di bahagian biskut.
Berderet-deret, rak bertingkat tinggi mencapai siling.
Bermacam bagai jenama dan perisa.
Aku ambil Chipsmore.
Ahh.. kenangan.
Kenangan.
Kenangan.
Kenangan.
Ex-boyfren suka pujuk aku dengan Chipsmore. Dia tahu aku ini kriptonnya adalah Chipsmore. Bila muncung mula mendepa, kening berkerut dalam, segeralah Chipsmore kecil dia jelmakan ke penglihatanku. Beberapa keping dikunyah, muncung berkurang jadi sejengkal dan kening jadi lurus. Senyum pun mula membentuk perlahan-lahan.
Hah.
Kenangan.
Mungkin salah aku sama banyak dengan silap dia.
Ya.
Dia curang. Dia ego. Dia kasar. Dia menjengkelkan.
Tapi, aku pun tambah tolak lebih kurang sama dengan dia.
Aku terlalu sensitif. Aku serius. Aku cemburu. Aku kuat merajuk.
Dan, bila dicantumkan aku dan dia, bom atom yang menghentam Hiroshima pun tidak sehebat impak gabungan kami. Bertengkar tanpa henti. Mengendahkan sebagai penyelesaian. Pura-pura memaafkan tapi hati memaki seranah.
Tuhan lebih tahu.
Tuhan lebih tahu.
Dan, Tuhan lebih tahu mengapa dia pisahkan kami.
Bohonglah kalau aku kata aku tak rindu dia.
Bohonglah kalau aku kata aku tak mahu pegang kolar baju dia dan paksa dia terima aku semula.
Bohonglah kalau aku kata aku gembira dia sudah bercinta semula, dengan junior keparat yang tidak henti-henti berusaha menambah segi dalam cinta aku dan dia.
Si junior keparat.
Anna sering bandingkan aku dan si junior keparat.
Apa lebihnya si junior keparat itu?
Ahhh.. sudahlah, Anna.
Tak, tak boleh. Kau kena tahu kenapa dia pilih budak hingusan tu?
Tak apalah, Anna. Biar budak tu rasa seksanya bercinta dengan dia.
Cinta pertama saja sudah sesukar ini.
Bagaimana agaknya cinta-cinta seterusnya yang akan datang menyegarkan hati aku yang semakin kering ini?
Aku rindu.
Rindu rasa menyintai. Rasa dicintai. Rasa hati berbunga bila dirindui dia. Rasa tidak sabar nak jumpa dia di kelas keesokkan harinya. Rasa dilindungi. Rasa diberi perhatian. Rasa bertuah. Sekarang ini, aku hanya dapar rasakan semua itu di dalam mimpi yang tiap kali aku tutup mata, tidak henti menghantui aku.
------
Hello, sayang.
Kita jumpa lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)