Ahad, 21 Jun 2009

12 - kecil dan putus

Mari aku bawa kamu semua ke zaman awal aku di tingkatan 6. Aku punya 2 orang teman baik. Anggaplah nama mereka Farah dan Salina.

Farah orangnya kecil molek. Moden. Periang. Comel. Peramah. Disenangi ramai.
Salina orangnya juga kecil molek. Alim. Rendah diri. Sederhana. Agak pendiam.

Kami rapat. Sangat rapat.
Hinggalah Farah dapat tawaran ke politeknik dan aku ke universiti.
Salina terpaksa kami tinggalkan.
Tapi, kami tetap rapat dan berhubung.
Telefon, e-mel, friendster.
Bila musim cuti semakin mendekat, sibuk kami bertiga merancang untuk berjumpa.

Hari ini, kami masih berhubung. Berhubung sekadar untuk menjaga hati.
Masa berubah.
Orang berubah.
Entahlah, mungkin aku yang berubah.

Farah ajak aku keluar.
Aku beri alasan, aku nak demam.

Sebenarnya, aku sudah muak jadi span yang menyerap segala macam cerita yang dilipur-larakan oleh Farah.
Bayangkan, 3 jam berjumpa, topik yang dicerita cuma satu, dia dan kisah lelaki-lelaki yang menyimpan hati padanya.

Ya. Boleh jadi aku cemburu.
Boleh jadi aku rasa tergugat.
Tapi, aku sudah tak larat menonton dia dan lakonannya.

Kadang-kala, aku mencelah dan cuba untuk menceritakan kisah aku. Tapi, dia buat-buat tak dengar dan membiarkan aku dan kisahku tergantung. Bila aku diam, dia akan terus sambung dengan cerita dia.

Pernah aku berlapik-lapik cuba bincangkan hal ini dengan Salina dan, Salina pun fikir yang sama dengan aku.
Farah bukan Farah lagi.

Seminggu selepas Aidilfitri nanti, Salina bakal bertunang.
Aku tidak dapat datang. Perlu berada di kampung.
Farah tidak tahu lagi.

Aku rasa, semakin kita dewasa, semakin kita mengecilkan bulatan persahabatan kita.
Hanya teman-teman yang benar-benar serasi, memahami dan positif yang akan kita simpan dan jaga baik.
Yang selebihnya, samada terus tidak berhubung atau berusaha untuk tidak berhubungan lagi.

Memang aku ini munafik.
Memutus hubungan sesama manusia.

Aku rasa sudah cukup.
Sudah cukuplah untuk aku jadi bahu buat Farah menangis, sedang bila aku meraung seksa, dia hilang entah ke mana.

Tiada ulasan: