Selamat tinggal, sayang.
Tak mahu bangun dari tidur. Tak mahu berhenti meniti mimpi.
--------
Habis kerja, pergi Tesco. Teman emak beli barang dapur.
Kebiasaannya, emak akan diteman raja jiwanya, abah. Tapi, abah tak sihat.
Aku tolak troli. Emak dengan senarai barang di tangan kanan dan pen biru di tangan kiri, leka dan ambil masa yang sangat panjang membelek barang satu per satu. Kaki aku sudah mula kebas, seluruh berat badan aku sandarkan ke troli. Gila. Macam manalah abah boleh tahan?
Kami berdiri di bahagian biskut.
Berderet-deret, rak bertingkat tinggi mencapai siling.
Bermacam bagai jenama dan perisa.
Aku ambil Chipsmore.
Ahh.. kenangan.
Kenangan.
Kenangan.
Kenangan.
Ex-boyfren suka pujuk aku dengan Chipsmore. Dia tahu aku ini kriptonnya adalah Chipsmore. Bila muncung mula mendepa, kening berkerut dalam, segeralah Chipsmore kecil dia jelmakan ke penglihatanku. Beberapa keping dikunyah, muncung berkurang jadi sejengkal dan kening jadi lurus. Senyum pun mula membentuk perlahan-lahan.
Hah.
Kenangan.
Mungkin salah aku sama banyak dengan silap dia.
Ya.
Dia curang. Dia ego. Dia kasar. Dia menjengkelkan.
Tapi, aku pun tambah tolak lebih kurang sama dengan dia.
Aku terlalu sensitif. Aku serius. Aku cemburu. Aku kuat merajuk.
Dan, bila dicantumkan aku dan dia, bom atom yang menghentam Hiroshima pun tidak sehebat impak gabungan kami. Bertengkar tanpa henti. Mengendahkan sebagai penyelesaian. Pura-pura memaafkan tapi hati memaki seranah.
Tuhan lebih tahu.
Tuhan lebih tahu.
Dan, Tuhan lebih tahu mengapa dia pisahkan kami.
Bohonglah kalau aku kata aku tak rindu dia.
Bohonglah kalau aku kata aku tak mahu pegang kolar baju dia dan paksa dia terima aku semula.
Bohonglah kalau aku kata aku gembira dia sudah bercinta semula, dengan junior keparat yang tidak henti-henti berusaha menambah segi dalam cinta aku dan dia.
Si junior keparat.
Anna sering bandingkan aku dan si junior keparat.
Apa lebihnya si junior keparat itu?
Ahhh.. sudahlah, Anna.
Tak, tak boleh. Kau kena tahu kenapa dia pilih budak hingusan tu?
Tak apalah, Anna. Biar budak tu rasa seksanya bercinta dengan dia.
Cinta pertama saja sudah sesukar ini.
Bagaimana agaknya cinta-cinta seterusnya yang akan datang menyegarkan hati aku yang semakin kering ini?
Aku rindu.
Rindu rasa menyintai. Rasa dicintai. Rasa hati berbunga bila dirindui dia. Rasa tidak sabar nak jumpa dia di kelas keesokkan harinya. Rasa dilindungi. Rasa diberi perhatian. Rasa bertuah. Sekarang ini, aku hanya dapar rasakan semua itu di dalam mimpi yang tiap kali aku tutup mata, tidak henti menghantui aku.
------
Hello, sayang.
Kita jumpa lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan