Isnin, 15 Jun 2009

8 - blues isnin

Isnin. Mesyuarat.

Bilik mesyuarat bagi aku adalah tempat di mana semua orang bercakap tapi tidak ada seorang pun yang mendengar. Malang untuk aku dan kawan sekerja aku, terpaksa kami mulakan pagi Isnin dengan mesyuarat mingguan yang memakan 2 jam.

Setiap kali berada dalam bilik mesyuarat, aku rasa macam berada dalam bilik warden zaman dajjal di asrama dulu.
Senyap, tegang dan ada bau perabot lama.

Masalahnya pejabat aku ini, ada 3 orang pengarah. Dan ketiga-tiga mereka tidak pernah wujud dalam hidupnya perkataan toleransi. Masing-masing nak ikut idea dan pendapat sendiri.

Aku ekstra penat, letih dan mengantuk sebab kepenatan 2 hari sibuk (sibuk?) di rumah Anna.

Farez duduk sebelah aku, tanya kenapa aku nampak penat sangat.
Aku cuma cakap tak cukup tidur.
Tak larat nak explain panjang-panjang kat dia.

Dan, mesyuarat pun bermula. Sepanjang mesyuarat, aku berangan. Berangan sampai ke Venice. Hmmm.... Dulu, ada orang pernah janji nak bawa aku bercuti ke Venice. Tapi, aku tak ingat siapa.

Mesyuarat habis awal hari ni.
Bagus!
Farez ajak aku pergi sarapan.
Hmm.. aku dah sarapan kat rumah tadi.
Jomlah, kata Farez, teman makan je.
Aku kata, malaslah.

Aku malas nak teman Farez.
Sebab dia banyak cakap.
Sangat banyak cakap.

Tiada ulasan: