Semalam.
Aku pergi juga rumah Anna.
Rasanya dalam jam 9.30am aku sampai. Disambut oleh emak Anna, Auntie Kay yang sudah berpersalinan cantik biru elektrik, tema walimah kali ini.
Auntie Kay masih sama setiap kali berjumpa, ramah. Bertanya tentang keluarga, pekerjaan dan kehidupanku seperti aku ini anaknya yang sudah lama hilang.
Dulu, aku sering tumpang makan tengahari di rumah dia, sebelum pergi tuisyen di sebelah petang. Rumah aku dengan sekolah sangat jauh. Membazir masa dan tenaga kalau balik.
Masuk ke dalam rumah, bersalaman dengan semua saudara-mara, terus aku lajukan langkah ke bilik Anna. Pintu aku tolak, Anna sedang bersiap. Pernikahan akan mula jam 10.30am.
Dan, ya. Aku plastik.
Aku pilih untuk jadi plastik tupperwear jenama Lock & Lock.
Tebal, ketat dan kedap udara.
Perkataan yang dilontar lidah aku, semuanya indah-indah. Yang buat Anna terharu.
Senyum simpul tidak sedikit pun meninggalkan bibirku.
Ya, aku berjaya mensamarkan hati aku yang hampir hancur ketika itu.
Poji dan rombongan pun datang dan dipendekkan cerita, jam 11.39am, Anna sah jadi kepunyaan Poji. Aku sangka aku akan menangis walaupun plastik tapi, tak boleh. Aku paksa air mata untuk keluar tapi gagal. Sebaliknya, aku hanya tersenyum, tanpa henti.
Selesai semua formaliti, adat dan hukum-hakam, aku keluar duduk di bawah kanopi. Minum air warna biru yang rasa macam ais-krim soda. Borak-borak dengan budak-budak kelas aku dan Anna dulu, Azli, Apex, Bob, Lin, Zaharah, Halijah dan Izzat.
Izzat cakap dia tak percaya Poji dan Anna boleh kekal. Dulu, macam nak berbunuh.
Lin cakap dah jodoh. Tak boleh nak buat apa.
Zaharah cakap dia tak suka Poji. Anna boleh dapat yang lebih baik.
Apex, Azli, Bob, Izzat, Lin, Halijah dan aku mengangguk perlahan.
Dari jauh, aku nampak Anna bersalaman dengan saudara-mara Poji. Dan, Anna tak berhenti ketawa. Dia bahagia. Dia terlalu bahagia. Sampah betul aku ni, fikir nak suruh dia tinggalkan Poji. Poji tu hidup mati dia.
Dalam pukul 5.45 pm, aku minta izin nak balik. Anna peluk aku. Dia pesan jangan lupa datang esok datang awal, ada khatam Al-Quran. Halijah tumpang aku. Boyfren dia tak boleh ambil. Ada hal.
Sampai rumah, aku terus baring dalam bilik dengan kipas angin aku putarkan kelajuannya semaksima mungkin.
Badan aku panas.
Hati aku panas.
Aku masih benci pada Poji.
Hari ini.
Aku terlambat sikit. Aku ambil Halijah dan Bob dulu.
Masa kitorang sampai, Anna dah mula mengaji. Bob ketawa besar. Nak tengok Anna pakai baju kurung pun susah, boleh hari ni dengar Anna mengaji. Hebat!
Nak tunggu hingga tengahari, waktu bersanding, memang lama giler babi. Aku, Halijah dan Bob sudah kebosanan tak tahu nak buat apa. Anna masih lagi mengaji kat dalam. Aku dan Halijah malas nak masuk sebab penuh dengan mak cik-mak cik kumpulan marhaban.
Auntie Kay keluar. Suruh aku dan Halijah masuk.
Masuk dalam bilik, Anna tengah basuh muka, nak tukar make-up untuk persandingan.
Aku pandang Halijah.
Halijah pandang aku. Angkat-angkat kening. Cebik bibir.
Maksudnya : "Cari topik cepat!!!!!"
Okey. Apa aku nak tanya Anna?
Apa perasaan jadi isteri? Boring.
Penat tak mengaji? Sarkastik.
Dah makan? Pelik.
Panas tak pakai baju songket tadi? Soalan bodoh.
Belum pun sempat aku buka mulut, mak andam masuk. Nak rias Anna untuk persandingan. Sebenarnya aku dan Halijah boleh saja duduk dalam tu tapi, kitorang keluar. Kononnya, nanti tak surprise.
Di luar, Bob tengah berasap kepul-kepul dengan Izzat dan Apex.
Aku ajak Halijah makan, sementara nak tunggu persandingan.
Hmmm... Hmmmm.... Hmmmm...
Lama giler nak tunggu bunyi kompang. Aku dan Halijah sudah keluar masuk rumah Anna entah berapa ratus kali, cari benda nak buat. Akhirnya, kitorang duduk dengan Bob, Izzat dan Apex. Borak-borak bodoh. Ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba, Bob cakap; "Rindu sial zaman belajar dulu."
Tepat jam 2.30, kompang bunyi dan Poji, dengan muka malu-malu kambing hutan tu, berjalan perlahan dengan gaya yang kononnya gagah perkasa bak Hang Tuah. Meluat tahap pegasus aku jadinya.
Habis menepung tawar, semua orang sibuk bergambar dengan pengantin. Emak bapak, adik-beradik, saudara-mara, masing-masing ambil giliran. Kitorang berdiri di hujung pintu. Perhatikan pasangan yang kami rasakan paling tidak secocok.
Aku dan Halijah berwajah sedih.
Sedih kerana selepas ini, segalanya takkan seperti dulu lagi.
Pasti Poji akan ikut ke mana saja Anna pergi.
Tiada lagi karaoke sampai 6 jam.
Tiada lagi dengan tak mandi, pergi sarapan di mamak.
Tiada lagi usaha mengurat trainer-trainer gay di gym.
Tiada lagi pinjam baju pinjam kasut last minute sebelum pergi shopping.
Ismith, adik lelaki Anna, panggil kitorang pergi bergambar.
"Say cheese.."
"CHEEEEEEEESEEEEEEEEE....."
Jam 6.30 aku sampai rumah.
Masuk bilik, terus baring. Kipas pada kelajuan maksima.
Aku hela nafas lega. Akhirnya, hari yang panjang berakhir. Mata makin layu. Fikiran melayang-layang.
"Jangan tidur! Nak Maghrib dah ni!"
Kuat betul suara emak.
Macam pakai mikrofon.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan