Seminggu lagi, Anna akan diserahkan secara sah mengikut undang-undang Islam kepada Poji.
Aku nak saja basuh kepala otak Anna, suruh Anna baling cincin tunang ke muka Poji, batalkan pernikahan, halau para jemputan dan bakar semua hantaran.
Tapi, Anna telefon aku pagi tadi.
Dengan suara bahagia, dia ajak aku ikut dia pergi jumpa mak andam kat Hartamas.
Macam mana aku nak cakap?
Yang Poji itu sampah.
Yang Anna berhak berdampingan dengan jejaka-jejaka yang jauh lebih baik dan segak dari Poji.
Aku takkan boleh lupa, sem 3, dua hari sebelum final.
Anna balik bilik dengan muka merah, mata bengkak. Aku tanya kenapa, dia jawab jawapan standard drama Melayu, "Aku tak ada apa-apa. Aku okey. Kau jangan risau."
Esoknya, aku dapat tahu ada orang nampak Poji tengking Anna kat tepi jalan.
Aku paksa Anna cerita.
"Poji marah Anna."
"Sebab apa?"
"Anna suruh dia salin nota."
"Hah?"
"Salah Anna juga. Poji tak ada mood nak study masa tu, Anna pulak paksa dia salin nota."
Dua minggu lepas, Anna datang rumah aku. Menangis macam mati emak.
Anna jumpa SMS perempuan lain dalam phone Poji. Siap bersayang-cinta.
Poji serang rumah aku. Tapi Anna tak nak jumpa dia.
Poji jerit-jerit panggil Anna. Anna tak mahu keluar.
Poji guna strategi lama tapi masih berkesan, ugut!
Poji ugut nak putuskan pertunangan, batalkan perkahwinan dan malukan keluarga Anna.
Anna keluar.
Dan 5 minit selepas itu, Anna masuk rumah, capai beg, peluk aku dan terus pergi makan dengan Poji, sambil tertawa riang.
Aku benci Poji. Poji benci aku.
Poji memang jantan kabaret.
Poji adalah contoh lelaki Melayu tipikal.
Ego, suka cakap besar, berlagak pandai, perasan bagus.
Tapi, yang paling aku benci, Anna tak boleh hidup tanpa Poji.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan