Ahad, 7 Jun 2009

2 - span menyerap cuaca

Menjadi seorang KOPI AIS, dirinya umpama span, mudah menyerap segala yang berlaku di sekelilingnya.

Mak cik depan rumah sedih suami nak kahwin lagi, aku menangis.
Drebar bas gembira menang loteri, aku melonjak.
FRU marah pada penunjuk perasaan, aku mengamuk.

Cuaca.

Ya, mood aku macam cuaca.

Sekejap panas.
Sekejap mendung.
Sekejap gerimis.
Sekejap cerah.

Agaknya itu sebab ex-boyfren aku menyampah gila babi sampai tak nak langsung jadi kawan aku lepas putus.

Agaknya itu juga sebab bestfren aku tak tahan nak layan karenah aku dan pulaukan aku secara besar-besaran seminggu sebelum final exam.

Sial.

Bukan main melangit lagi kata-kata yang dia longgokkan pada aku sebab nak ambil hati aku.

"Aku terima kau seadanya...."

Aku serap kata-kata itu dan sorok ia dalam kotak kecil bersalut emas berlian, jauh dan gelap ke dasar jiwa aku. Aku upah dua ekor naga berkepala tiga sebagai hulubalang menjaga keselamatan kotak kecil itu.

Sebab aku tak mahu dia datang, minta kata-kata itu dipulangkan kerana dia sudah kenal diri aku yang sebenarnya dan sedar yang aku ini seperti selumbar di punggung dia. Mencucuk tanpa belas. Menyakitkan kedua-dua, badan dan hati.

Mengecewakan bila dia mengaku yang dia selama ini berlakon.
Berlakon menyayangi aku supaya boleh pinjam duit aku bila kering.
Berlakon menyenangi aku supaya boleh jadi sleeping partner bila buat assignment.

Dunia ini makin sesak.
Sesak dengan manusia yang jiwanya mati dilemaskan hipokrasi.
Dalam kesesakkan ini, masih relevankah perkataan jujur?

Tiada ulasan: